Karberator Yang PANAS!

Bila Retakbulan Menulis….

Sedih sungguh bila melihat budaya yang dibawa oleh PKR di Stadium Kelana Jaya. Adakah PKR lupa pada hari tersebut kehadiran adalah dari pelbagai kaum? Pemuda dan Muslimat PAS beserta dengan kehadiran kanak-kanak yang dibawa bersama disogokkan dengan budaya yang tidak sesuai. Program yang dianjurkan tidak mendapat sambutan ramai berdasarkan kepada namanya “PROTES SEJUTA RAKYAT” yang menghimpunkan mungkin seramai 50 ribu sahaja, itupun ramai pada malamnya sahaja untuk mendengar ’amanat’ atau lolongan dari Anwar ibrahim.

Apakah tiada artis lain yang layak untuk memberi hiburan kepada pemprotes yang datang? Inilah padahnya bila melantik pengurus pentas atau hiburan yang terdiri daripada pemikiran komunis. Hishamudin Rais menyatakan kekesalan diatas perkara tersebut, tapi moralnya PKR kena berhati-hati demi menjaga rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.

Seorang EXCO Selangor tidak mempunyai masalah dalam hal ini, malah tidak mempunyai rasa bersalah langsung diatas kontroversi yang timbul pada malam tersebut. Beliau yang memandang hina di atas bantahan Ahli PAS terhadap persembahan kumpulan underground tersebut. Beliau malah memuji dan berbangga di atas persembahan Carburetor Dung di dalam blognya :

http://elizabethwong.wordpress.com/2008/07/07/carburetor/#more-985

Dan malah beliau menyatakan bahawa jika band ini dapat diberi peluang memberikan persembahan lagi dalam protes seumpama ini, beliau sendiri akan naik menyanyi dengan band itu. Sikap dan perangai EXCO ini pasti akan mendatangkan masalah besar kepada PAS kerana ternyata beliau tidak boleh memahami PAS, sedangkan beliau EXCO dalam kerajaan campuran bersama PAS.

Kalau beginilah rupanya sikap seorang EXCO yang secara tidak langsung tidak mempedulikan sensitiviti seorang muslim, apakah ada sinar cahaya dalam pakatan rakyat ini? Macam mana untuk Pakatan Rakyat untuk memerintah Negara pada satu hari nanti kalau DAP dan PKR terus dengan sikapnya yang tidak mempedulikan perasaan orang Islam. Apakah nanti DAP dan PKR akan mengubah lanskap politik Negara satu hari nanti yang mana dasar-dasar yang tidak memberi keuntungan langsung kepada bumiputera dan Islam khasnya akan dibuang sikit demi sedikit.

Insaflah wahai PAS, berundurlah segera dari pakatan rakyat demi Agama, Bangsa dan Negara!!

p/s : Apa Komen YB Dr Hatta Ramli selaku Penganjur Utama Himpunan Protes Sejuta Rakyat? Kenapa tidak ada kehadiran Pemimpin PAS pada malam pidato perdana tersebut???

Leave a comment