Archive for Uncategorized

Bantah jangan tak bantah..

DAP bantah pelantikan Akhbar Ali sebagai ahli Dewan Negara

 

MELAKA, 7 Ogos (Hrkh) – DAP membantah pelantikan Dato’ Akhbar Ali sebagai Ahli Dewan Negara yang baru bagi mewakili negeri Melaka pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana ianya adalah pelantikan politik.

   
   
   

Menurut Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Piong (DAP) bahawa cara pelantikan yang diamalkan itu tidak telus dan merupakan pelantikan politik bagi memenuhi kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan.

“Seringkali nama mereka yang kalah dalam pilihan raya mahupun tidak dicalonkan dari parti komponen Barisan Nasional (BN) dilantik untuk mewakili kuota negeri sedangkan elaunnya dibayar oleh rakyat.

“Sudah calon ini yang dilantik oleh BN dan juga orang kuat Umno cuma akan menjaga kepentingan BN sahaja bukannya membawa suara rakyat sekiranya bertentangan dengan polisi BN,” kata Khoo.

Beliau mencadangkan supaya diberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk membuat permohonan atau dicadangkan oleh organisasi NGO terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, peguam dan arkitek.

Tambahnya, suatu hari nanti Ahli Dewan Negara ini juga dipilih melalui pilihan raya kerana lebih telus dan dapat mewakili suara rakyat serta dapat menyumbang secara lebih berkesan kepada negara.

Akhbar Ali berasal dari kampung Tedong, mempunyai empat orang anak dan tinggal di Ozana Villas, Bukit Katil, Melaka.

Beliau sekarang berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif, Direktorat Pelaksanaan Negeri Melaka dan beliau pernah memegang pelbagai jawatan termasuklah Pengurus MAIM Travel, Ketua Pengarang ‘Melaka Hari Ini’ serta Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka.

Ahli Umno sejak 40 tahun lalu, pernah menjadi Ketua Umno Cawangan Tedong, Ajk Pemuda Bahagian Jasin dan Ajk Bahagian Jasin serta aktif di dalam biro-biro hingga di peringkat Perhubungan Umno-Bn dan sekarang beliau adalah Bendahari Umno Jasin. – mks._

Sumber : Harakahdaily.net

Retakbulan : Tak Payah bantah la. Di Kelantan pun ader perlantikan politik sebagai Ahli Dewan Negara. Datuk Ahmad Rosli Iberahim, calon PAS yang tewas di Kok Lanas dilantik sebagai Ahli Dewan Negara juga. Sedar lah wahai pembangkang!

 

Leave a comment »

Nak Tadbir Negara, Pusat Tarbiyah pun tak terjaga

Siapa tak kenal Pusat Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak? Di sinilah segala aktiviti PAS dirancangan dan dilaksanakan. Menjadi tempat pertemuan kepimpinan ulama PAS, menjadi pusat melatih kader-kader untuk meneruskan perjuangan kotor PAS.

Menyatukan pelbagai aktiviti PAS, memupuk semangat bencikan UMNO yang menjadi asas pembentukan Pakatan Rakyat. Tak perlu saya cerita banyak semua dikalangan kita sudah mengetahuinya.

Setelah PAS membeli satu bangunan baru kepunyaan RHB bank di tengah-tengah bandar KL, Pusat Tarbiyyah Taman Melewar telah tidak diendahkan lagi.

Pusat Tarbiyyah Taman Melewar sudah terbiar, hanya sekadar dijadikan tempat solat waktu malam dan bermain badminton pada waktu lebih malam atau siang hari.

Tandas tidak berlektrik malah lampu kalimantangnya pun sudah tiada. Tiada siapa yang nak peduli. PAS dah ada bangunan 8 juta dengan peralatan mewah yang disebut kerusinya mungkin berharga RM1000 lebih, walahualam, sebab saya sendiri tak lihat dan ‘tak sempat’ nak ambil gambar.


(ini bilik air yang tinggal wayar aje, lampu kalimantangnya sudah hilang)

Bukan sahaja lampunya hilang bil elektrik juga tidak dibayar dan pernah dipotong. Dimaklumkan bahawa Ustaz Hassan Shukri telah memaklumkan kepada Bendahari PAS Dr Hatta Mohd Ramli perkara ini, tetapi tidak ada tindakan sehingga elektrik dipotong.

Pernah dahulu, live webtv tidak dapat dibuat kerana streamyx di sini dipotong kerana tak bayar bill. Perkara ini berlaku hampir pilihan raya yang lalu. Kecuaian dan ambil tak endah kepada Pusat tarbiyyah ini menyebabkan masalah kerosakan menjadi makin teruk.

Siling hampir keseluruhan bangunan ini bocor. bukan sahaja bocor malah tercabut.


(gambar ini diambil sebelum pilihanraya – Sekarang rasanya dah hancur!!! Nanti jika diizinkan Tuhan saya akan ambil lagi dan siarkan di websites)

Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini sebelum bangunan Pusat tarbiyyah ini hancur dimamah anai-anai?

Bangunan dan dinding mulai rosak. Sebelum ini kos pembinaan untuk membaik pulih dan menaik taraf dewan yang berhawa dingin untuk memenuhi cita-cita arwah Ustaz Fadhil Mohd Noor telah memakan belanja hampir 1 juta. Satu syarikat telah diberikan pendahuluan untuk membinanya. (Tak nak cerita panjang, tunggu respon sebelum pendedahan secara detail dibuat)


(Barang-barangan yang terbiat dan dinding yang mulai rosak)

Apakah Pusat ini sekadar menjadi stor barangan pilihanraya? Bendahari PAS mesti bertanggungjawab!


(Bendera PAS disimpan di sini sebelum pilihan raya)

Sumber : ganulening.net

Leave a comment »

Kota Bharu BANDARAYA ISLAM

Kota Bharu, 22 Julai 2008 – Penduduk Kelantan tidak perlu lagi untuk pergi jauh ke negeri lain untuk membuat Tatto. Berita Baik!! Satu Pusat Tatto telah dibuka dengan rasminya di Jalan Kebun Sultan, bersebelahan dengan Restoren Hayaki. Bagi Penggemar Lukisan Tatto, boleh lah segera membuatnya disana. Satu tawaran yang murah dan berpatutan akan dikenakan kepada pengunjung.

Jangan lepaskan peluang anda!!! Jumpa anda disanaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Poster Calon YB Anuar Tan pun ada ditampal disana. Mungkin untuk memberitahu pengunjung bahawa kedai ini mempunyai satu LESEN YANG BESAR dan beroperasi dengan sah. Wallahualam! nilailah dengan sendiri.


Leave a comment »

Mana satu yang betul??

Anwar ditahan polis bertopeng

Sumber Malaysiakini.com

kemaskini 8:34pm Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

anwar ibrahim and police

beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket dari Bahagian Siasatan Khas, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam dan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa masuk mantan timbalan perdana menteri itu ke dalam kereta polis bercermin gelap meluru ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

anwar ibrahim arrest wan azizah parliament 160708 03Manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya ke IPK.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai “tidak bertamadun” kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

anwar ibrahim arrest wan azizah parliament 160708 01Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur, sementara lebih 200 orang berada di jalan utama menuju bangunan itu, depan bekas Penjara Pudu.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

————————————————————————————–

Sumber Bernama.com

Anwar Ditahan Di Bawah Seksyen 377A, Kes Liwat: Peguam

Pasukan polis berkawal di luar kawasan Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPPKL) and meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersurai ekoran penahanan Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat. Foto: Mohd Johari Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat, kata peguamnya Sankara Nair.

Menurutnya sehingga 2.50 petang tadi, Anwar yang ditemani seorang lagi peguam, R. Sivarasa, sedang memberi keterangan kepada polis selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 1.10 tengah hari tadi.

“Polis selepas ini akan memohon kepada mahkamah bagi perintah reman selama 24 jam atau tidak melebihi 14 hari terhadap Datuk Seri Anwar bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di IPPKL di sini hari ini.

Anwar menghadapi tuduhan itu selepas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lepas.

Sankara berkata Anwar ditahan pada 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, kira-kira 50 meter dari rumah Anwar di Segambut, sebelum diiringi ke IPKKL.

Beliau yang turut berada bersama Anwar ketika itu mendakwa polis tidak mempunyai dokumen rasmi atau surat perintah ketika menahan Anwar.

Pemandu Anwar, Abdullah Sani Said, 49, berkata ketika ditahan, Anwar sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya sambil diiringi dua peguamnya itu, selepas selesai memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya, berhubung laporannya mengenai pemalsuan fakta oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Bercakap kepada pemberita ketika sedang menunggu di IPKKL, Abdullah berkata kira-kira 20 anggota polis yang berpakaian seragam menahan kenderaan yang dipandunya sebelum mereka memaklumkan kepada Anwar tujuan mereka tanpa bertindak kasar terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Mereka hanya kata nak ambil Datuk Seri (Anwar) untuk bawa ke IPKKL untuk siasatan. Datuk Seri ada tanya mereka ada surat tak, tetapi polis kata tak ada,” kata Abdullah yang telah bekerja untuk Anwar selama 25 tahun.

Leave a comment »

Dan Pemenangnya ialah….

Bila Retakbulan menulis….

Debat Antara Datuk Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery sudah selamat berakhir dengan jayanya. Walaupun tiada formula khusus dikemukan oleh Anwar untuk mengemukakan harga minyak, namun dapatlah beliau sedikit sebanyak menerangkan dengan sedikit dicampur dengan meminta simpati rakyat untuk menyokongnya itupun jika beliau menjadi PM nanti.

Sekalung tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery Chik kerana berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim yang kita semua tahui dengan kepetahannya bercakap dalam memutarbelitkan sesuatu isu. Menteri itu, lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.

Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Datuk Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta-fakta kukuh dan munasabah.

Rakyat boleh membuat penilaian sendiri berkenaan debat berkenaan. Mungkin lepas ini rancangan ini boleh diperluaskan kepada tokoh-tokoh yang lain pula nanti. Kaedah yang baru ini menggambarkan pemerintah bersikap terbuka dan memberi peluang kepada pembangkang untuk memberi input / pendapat secara terbuka tanpa ada sekatan.

Betul kata Ahmad Shabery, pada zaman pemerintahan Anwar, mana mungkin rancangan atau program ini dapat dilaksanakan. Ini membuktikan kerajaan sekarang lebih bersikap terbuka.

Dan pemenangnya ialah…..

* Dimana tokoh-tokoh PAS menghilang. Tiada kelibat tokoh besar PAS kelihatan di Majlis tersebut. Mungkin ada di belakang penonton yang ramai itu, tetapi tidak kelihatan di mata penulis. Kalau tiada, ini menguatkan lagi bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mengalami krisis yang besar.

Leave a comment »

MB Kelantan, Nik Aziz Terlanjur Sekali Lagi..

Dr Novandri Hasan Basri

Semasa mengulas laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini mengenai desas-desus pakatan pembangkang yang semakin retak, Nik Abdul Aziz telah menyamakan keadaan Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) seperti ‘penciptaan Allah terhadap langit dan bumi yang mengambil masa selama enam hari’.


“Masalah itu benda biasa, Allah buat langit dan bumi pun dalam masa enam hari dan ia bukan 24 jam tetapi (mengambil masa) hari melibat ribuan dan jutaan tahun… mana boleh sempurna dengan sekali gus,” katanya.

Penulis terkejut dengan perumpamaan yang diutarakan oleh Nik Aziz.

1. Apakah kecacatan di dalam gandingan PKR yang baru ’setahun jagung’ boleh diumpamakan seperti tempoh Allah swt mencipta langit dan bumi?

2. Kenapakah Nik Aziz begitu berani mengatakan bahawa Allah swt mencipta langit dan bumi selama enam hari dan bukan 24 jam kerana Allah swt tidak dapat mencipta dengan sempurna dalam masa 24 jam?

3. Siapakah Nik Aziz yang mengganggap ciptaan Allah swt tidak akan sempurna jika Allah swt menciptanya dalam masa 24 jam?

Untuk selanjutnya..

Leave a comment »

Mencari titik pertemuan..

Bila Retakbulan menulis..

Susulan dari wawancara Presiden PAS dengan Akhbar Harakah dalam keluaran terbaru menyebabkan pengkritik atau penyokong PAS membuat pelbagai tafsiran.

Ada yang menyifatkan pandangan Presiden PAS itu sebagai satu isyarat kritikan terhadap Anwar Ibrahim dan dua lagi parti dalam pakatan rakyat agar tidak menimbulkan masalah kepada PAS dan kepada penyokong PAS khasnya.

kenyataan presiden PAS dan ia juga sebagai satu isyarat kepada Anwar Ibrahim dan juga PKR dan DAP agar tidak sekadar meraih populariti bukan Islam yang akhirnya akan merugikan orang Islam itu sendiri.

Antara Insiden-Insiden yang telah berlaku yang boleh meresahkan PAS ialah :

  • Kengganan Wakil Rakyat DAP Johor dari memakai songkok dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini.

  • Perbincangan Soal kebebasan dan hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru secara terbuka dan keterlaluan.

  • Pembukaan ladang ternakan Babi Mega di Negeri Selangor.

  • Pemberian Peruntukan Tambahan kepada Rumah Ibadat Agama lain di Negeri Selangor.

  • Konsert Kontroversi Mas Idayu dan Ella bersempena dengan Perlawanan Bola Sepak di Negeri Selangor.

  • Persembahan Kumpulan ’ Carburator Dung’ ”londeh seluar” di Himpunan Sejuta Rakyat, Protes Kenaikan Harga Minyak di Stadium Kelana Jaya.

  • Perjanjian Pangkor II yang dipercayai berlaku tetapi dinafikan oleh MB Perak. Ini seolah-olah menjadikan MB Perak sebagai Ketua Kerajaan Boneka sahaja.

  • Kes ’Liwat’ Kali ke 2 oleh Anwar Ibrahim.

  • Karpal Singh yang secara terbuka mengkritik dasar parti PAS.

  • Anwar Ibrahim seolah-olah menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat yang secara tidak langsung meminggirkan peranan PAS memastikan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU 12 baru baru ini.

Oleh kerana Insiden-Insiden atau perkara di atas berlakulah, PAS mula mengorak langkah untuk mengadakan pertemuan dengan UMNO demi untuk menyelamatkan Umat Islam dan Melayu di negara ini. Mungkin ini mengambil masa yang lama untuk mencari titik persamaan antara kedua-dua Parti tersebut. Mungkin juga terjadi satu penolakan dari pengikut masing-masing tetapi demi untuk menyelamat umat Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini, wajarlah kita bersama-sama mendokong daan menyokong pertemuan dan mungkin juga penyatuan dari 2 parti tersebut. InsyaAllah.

Leave a comment »

Homoseks

  • Ini tuduhan liwat kali kedua yang melibatkan pekerja Anuar Ibrahim.

  • Penggiat Liwat / homoseks / lesbian atau pengamal seks sama jenis, bukan perkara baru dalam dunia ini, malah pernah satu umat (umat nabi Lut a.s. termasuk isterinya) dilenyapkan dari muka bumi ini oleh ALLAH swt.

    • Kumpulan ini ada diantara kita, bergaul dengan kita, hidup bersama dengan kita sama seperti orang kebiasaan.

    • Sama seperti kumpulan pengamal seks sama jenis seperti ‘penkid’, lesbian, pondan, homo atau apa jua nama yang diberi, mereka mempunyai kehidupan tersendiri di luar dari kelompok masyarakat ‘biasa’ yang lain.

    • Mereka mempunyai rangkaian rakan2 sejenis yang luas, dan ianya terbentuk semasa mereka di kolej2, di tempat kerja atau berkumpulan di kelab2 tertentu yang dikunjungi oleh kumpulan mereka.

    • Mereka mempunyai ketagihan yang sama penggiat seks yang lain atau seperti perokok atau pengguna dadah.

    • Mereka melakukan kegiatan mereka samada secara terbuka atau tersembunyi.

    • Mereka suka bercerita berkenaan pasangan masing2 di antara mereka dan menjadi kemegahan atau kebanggaan mereka sekiranya melakukan hubungan dengan orang2 tertentu yang mempunyai kuasa atau terkenal.

    • Mereka juga manusia biasa, kecuali tabiaat tadi. Ada yang berkahwin dan mempunyai anak dsb, namun masih mengamalkan kegiatan tersebut.

    • Antara selebriti yang terkenal dalam kumpulan ini ialah elton john, george michael, boy george dll lagi.

    • Jadi, apa yang telah berlaku dalam jangkamasa terdekat ini adalah agak tidak luarbiasa, kerana pelakon2nya adalah orang yang sama, dan memang telahpun terkenal di dalam kelompok ‘mereka’.

    • Persoalan ialah bukan konspirasi, bukan siapa nak kenakan siapa, tetapi adalah ‘BETUL atau TIDAK’ pertuduhan yang telah dibuat?
    • Saya harap ANUAR IBRAHIM buatlah kenyataan ‘YA atau TIDAK’ di atas tuduhan tersebut, bukannya ‘INI KONSPIRASI, INI ORANG NAK JATUHKAN SAYA’ dsb!..Rakyat nak tahu, sebab yang 9 tahun lepas pun masih belum berjawab..

    Tepuk dada, tanya selera..

    Sang Sakabangsa

    Leave a comment »

    Arak: Pemuda PAS harap kerajaan Selangor tidak ulangi kesilapan

    SHAH ALAM, 14 Julai (Hrkh) – Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor perlu menilai serta meneliti kehadiran pasukan Kelab Bola Sepak Chelsea pada majlis tajaan syarikat arak, Heineken sempena kunjungannya ke Malaysia.

    Penganjur ProEvents International Sdn Bhd akan mengadakan perlawanan persahabatan antara Kelab Chelsea dengan pasukan bola sepak Malaysia di Stadium Shah Alam pada 29 Julai nanti.

    Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap kerajaan negeri meneliti dan mengkaji terlebih dahulu program sampingan yang akan dijalankan sebelum membenarkan kehadiran Kelab Bola Sepak Chelsea.

    Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, sama ada kerajaan negeri sudah maklum atau belum, ketegasan untuk membenarkan perlawanan itu diadakan perlu dilaksanakan.

    Menurut beliau, jika benar berlaku bukan saja premis negeri Selangor terlibat bahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor.

    “Kita akan mendesak kerajaan negeri melakukan sesuatu untuk membatalkan beberapa program yang akan dijalankan oleh penganjur yang bertentangan dengan Islam,” tegasnya.

    Beliau yang ditemui di SUK menegaskan, soal perlawanan bola sepak itu tidak menjadi masalah kerana sejak dahulu lagi PAS melihat ia merupakan kegiatan yang menyihatkan.

    Apatah lagi katanya, pelawanan bola sepak yang diadakan dengan kelab antarabangsa sudah tentu dapat menjalin hubungan baik di peringkat global termasuk hubungan diplomatik.

    “Kita tidak mahu antara program yang dijalankan sebelum pertandingan, diadakan majlis dengan menghidangkan minuman keras,” tegasnya.

    Jika perkara itu berlaku tambah beliau, ia perlu dibatalkan sebab amat tidak wajar dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang mana rakyat Selangor sudah tentu mahu melihat perbezaan pentadbiran di bawah pimpinan Umno-BN dengan Pakatan Rakyat.

    Beliau berkata, ia juga amat tidak sesuai dengan konteks adanya PAS dalam Pakatan Rakyat yang ada komitmen dan komited dengan perjuangan daripada dulu hingga sekarang.

    Katanya, jika ada majlis makan dengan hidangan minuman keras ia amat bertentangan bukan saja dalam Islam tetapi budaya Melayu.

    Beliau yang sebelum ini menghantar memorandum kepada Menteri Besar terhadap kehadiran artis dangdut Mas Idayu dan ratu rock, Ella berharap pihak penganjur mempunyai sensitiviti terhadap kerajaan negeri Selangor sekarang.

    “Jika pihak penganjur mengambil kesempatan di peringkat awal penyusunan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu ia akan mengganggu proses pentadbiran negeri,” tegasnya.

    Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS Selangor tidak akan teragak-agak menghantar memorandum bantahan secara rasmi kepada kerajaan negeri Selangor jika perkara itu berlaku. -lanh _

    Sumber : Harakahdaily

    Leave a comment »

    Artikel Pembaca…

    Artikel daripada Pembaca Retakbulan…

    Akhirnya satu kompromi telah berlaku apabila Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa yang akan berlaku pada Jun 2010. Kompromi politik ini yang jarang berlaku di Negara lain ini merupakan satu pelan yang mungkin memberikan satu impak politik yang positif ataupun negatif.

    Pak Lah selaku ketua negara yang memegang tampuk pemerintahan negara selama lebih kurang 8 tahun (dikira dari tahun beliau berakhir nanti) mengalami suka duka dalam masa pemerintahannya.

    Suka kerana dalam awal pemerintahannya, BN mengalami kemenangan yang begitu besar yang menyebabkan hampir keseluruhan negeri berada dalam genggaman Barisan Nasional kecuali Kelantan yang dimenangi oleh PAS dengan majoriti hanya satu kerusi sahaja.

    Duka kerana pada Pilihanraya Umum ke 12, Barisan Nasional kalah di 5 Negeri dan Pembangkang menang besar di parlimen walaupun BN masih mengekalkan tampuk pemerintahan negara.

    Hasil dari PRU ke 12 ini, menyebabkan senario politik semasa negara berubah sama sekali. Rakyat pelbagai kaum mula bersuara demi kepentingan bangsa masing-masing. Pak Lah yang dulu berbangga dengan kemenangan besar BN terpaksa menelan rasa pahit. Kekalahan yang tidak sepatutnya diterima mula di bebankan kepada bahu Pak Lah sebagai Ketua Negara. Rata-rata Ahli UMNO mula bersuara untuk kebaikan bangsa melayu. Ramai yang marah kepada Pak Lah, ramai yang mencemuh kepadanya sebagai penyebab kekalahan besar BN dalam Pilihanraya yang lalu.

    Akhirnya, Pak Lah terpaksa akur kepada kehendak akar umbi yang menyarankan kepada beliau supaya berundur. 2 tahun lagi Pak Lah akan meninggalkan jawatannya untuk disandang oleh Najib. 2 tahun merupakan satu kadar masa yang lama. Rata-rata Ahli UMNO di grass root ingin melihat UMNO dipulihkan dengan kadar segera.

    Pak Lah kena turun mendegar sendiri rintihan Ahli UMNO di Cawangan dari mendengar laporan dari Ketua UMNO Bahagian yang rata-ratanya ingin mengekalkan jawatan dalam pemilihan UMNO nanti. Masing-masing ingin menjaga periuk nasi masing-masing. Masing-Masing ingin dilihat sebagai tidak melawan arus yang memungkin jawatan di cabar di peringkat Bahagian.

    Sebagai Ahli biasa UMNO di peringkat Cawangan, rata-rata Ahli UMNO sudah muak dengan apa yang berlaku. Pak Lah kena berundur dengan seberapa segera sebelum PR dapat memerintah negara. Jangkamasa 2 tahun itu terlalu lama untuk ditunggu. Macam-macam boleh jadi. Walaupun PR mungkin tidak dapat memerintah negara, tetapi banyak isu boleh ditimbulkan oleh PR untuk menggugat keamanan negara. Berilah Najib untuk memikirkan idea baru yang mungkin dapat merencana hala tuju Parti dan Negara.

    Masanya telah tiba untuk Pak Lah berundur. Pak Lah janganlah hanya mendengar dan menerima bulat-bulat Sokongan yang diberikan oleh UMNO Negeri sahaja. Memang 5 mungkin 6 Negeri telah menyatakan sokongan kepada Pak Lah untuk mempertahankan Presiden UMNO dalam pemilihan nanti tetapi Pak Lah kena turun mendengar sendiri apa yang dimahukan oleh UMNO Cawangan.

    Mungkin team work antara Najib dan Muhyiddin dapat menyegarkan kembali UMNO dengan kadar segera di mata hati anak muda seperti saya ini.

    Sekian,

    Ahli UMNO ’muda’ ceruk rantau.

    Leave a comment »