Dan Pemenangnya ialah….

Bila Retakbulan menulis….

Debat Antara Datuk Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery sudah selamat berakhir dengan jayanya. Walaupun tiada formula khusus dikemukan oleh Anwar untuk mengemukakan harga minyak, namun dapatlah beliau sedikit sebanyak menerangkan dengan sedikit dicampur dengan meminta simpati rakyat untuk menyokongnya itupun jika beliau menjadi PM nanti.

Sekalung tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery Chik kerana berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim yang kita semua tahui dengan kepetahannya bercakap dalam memutarbelitkan sesuatu isu. Menteri itu, lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.

Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Datuk Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta-fakta kukuh dan munasabah.

Rakyat boleh membuat penilaian sendiri berkenaan debat berkenaan. Mungkin lepas ini rancangan ini boleh diperluaskan kepada tokoh-tokoh yang lain pula nanti. Kaedah yang baru ini menggambarkan pemerintah bersikap terbuka dan memberi peluang kepada pembangkang untuk memberi input / pendapat secara terbuka tanpa ada sekatan.

Betul kata Ahmad Shabery, pada zaman pemerintahan Anwar, mana mungkin rancangan atau program ini dapat dilaksanakan. Ini membuktikan kerajaan sekarang lebih bersikap terbuka.

Dan pemenangnya ialah…..

* Dimana tokoh-tokoh PAS menghilang. Tiada kelibat tokoh besar PAS kelihatan di Majlis tersebut. Mungkin ada di belakang penonton yang ramai itu, tetapi tidak kelihatan di mata penulis. Kalau tiada, ini menguatkan lagi bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mengalami krisis yang besar.

Leave a comment