Archive for July 16, 2008

Mana satu yang betul??

Anwar ditahan polis bertopeng

Sumber Malaysiakini.com

kemaskini 8:34pm Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

anwar ibrahim and police

beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket dari Bahagian Siasatan Khas, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam dan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa masuk mantan timbalan perdana menteri itu ke dalam kereta polis bercermin gelap meluru ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

anwar ibrahim arrest wan azizah parliament 160708 03Manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya ke IPK.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai “tidak bertamadun” kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

anwar ibrahim arrest wan azizah parliament 160708 01Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur, sementara lebih 200 orang berada di jalan utama menuju bangunan itu, depan bekas Penjara Pudu.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

————————————————————————————–

Sumber Bernama.com

Anwar Ditahan Di Bawah Seksyen 377A, Kes Liwat: Peguam

Pasukan polis berkawal di luar kawasan Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPPKL) and meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersurai ekoran penahanan Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat. Foto: Mohd Johari Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat, kata peguamnya Sankara Nair.

Menurutnya sehingga 2.50 petang tadi, Anwar yang ditemani seorang lagi peguam, R. Sivarasa, sedang memberi keterangan kepada polis selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 1.10 tengah hari tadi.

“Polis selepas ini akan memohon kepada mahkamah bagi perintah reman selama 24 jam atau tidak melebihi 14 hari terhadap Datuk Seri Anwar bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di IPPKL di sini hari ini.

Anwar menghadapi tuduhan itu selepas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lepas.

Sankara berkata Anwar ditahan pada 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, kira-kira 50 meter dari rumah Anwar di Segambut, sebelum diiringi ke IPKKL.

Beliau yang turut berada bersama Anwar ketika itu mendakwa polis tidak mempunyai dokumen rasmi atau surat perintah ketika menahan Anwar.

Pemandu Anwar, Abdullah Sani Said, 49, berkata ketika ditahan, Anwar sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya sambil diiringi dua peguamnya itu, selepas selesai memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya, berhubung laporannya mengenai pemalsuan fakta oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Bercakap kepada pemberita ketika sedang menunggu di IPKKL, Abdullah berkata kira-kira 20 anggota polis yang berpakaian seragam menahan kenderaan yang dipandunya sebelum mereka memaklumkan kepada Anwar tujuan mereka tanpa bertindak kasar terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Mereka hanya kata nak ambil Datuk Seri (Anwar) untuk bawa ke IPKKL untuk siasatan. Datuk Seri ada tanya mereka ada surat tak, tetapi polis kata tak ada,” kata Abdullah yang telah bekerja untuk Anwar selama 25 tahun.

Leave a comment »

Dan Pemenangnya ialah….

Bila Retakbulan menulis….

Debat Antara Datuk Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery sudah selamat berakhir dengan jayanya. Walaupun tiada formula khusus dikemukan oleh Anwar untuk mengemukakan harga minyak, namun dapatlah beliau sedikit sebanyak menerangkan dengan sedikit dicampur dengan meminta simpati rakyat untuk menyokongnya itupun jika beliau menjadi PM nanti.

Sekalung tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery Chik kerana berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim yang kita semua tahui dengan kepetahannya bercakap dalam memutarbelitkan sesuatu isu. Menteri itu, lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.

Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Datuk Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta-fakta kukuh dan munasabah.

Rakyat boleh membuat penilaian sendiri berkenaan debat berkenaan. Mungkin lepas ini rancangan ini boleh diperluaskan kepada tokoh-tokoh yang lain pula nanti. Kaedah yang baru ini menggambarkan pemerintah bersikap terbuka dan memberi peluang kepada pembangkang untuk memberi input / pendapat secara terbuka tanpa ada sekatan.

Betul kata Ahmad Shabery, pada zaman pemerintahan Anwar, mana mungkin rancangan atau program ini dapat dilaksanakan. Ini membuktikan kerajaan sekarang lebih bersikap terbuka.

Dan pemenangnya ialah…..

* Dimana tokoh-tokoh PAS menghilang. Tiada kelibat tokoh besar PAS kelihatan di Majlis tersebut. Mungkin ada di belakang penonton yang ramai itu, tetapi tidak kelihatan di mata penulis. Kalau tiada, ini menguatkan lagi bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mengalami krisis yang besar.

Leave a comment »