Archive for July 13, 2008

Artikel Pembaca…

Artikel daripada Pembaca Retakbulan…

Akhirnya satu kompromi telah berlaku apabila Pak Lah mengumumkan pelan peralihan kuasa yang akan berlaku pada Jun 2010. Kompromi politik ini yang jarang berlaku di Negara lain ini merupakan satu pelan yang mungkin memberikan satu impak politik yang positif ataupun negatif.

Pak Lah selaku ketua negara yang memegang tampuk pemerintahan negara selama lebih kurang 8 tahun (dikira dari tahun beliau berakhir nanti) mengalami suka duka dalam masa pemerintahannya.

Suka kerana dalam awal pemerintahannya, BN mengalami kemenangan yang begitu besar yang menyebabkan hampir keseluruhan negeri berada dalam genggaman Barisan Nasional kecuali Kelantan yang dimenangi oleh PAS dengan majoriti hanya satu kerusi sahaja.

Duka kerana pada Pilihanraya Umum ke 12, Barisan Nasional kalah di 5 Negeri dan Pembangkang menang besar di parlimen walaupun BN masih mengekalkan tampuk pemerintahan negara.

Hasil dari PRU ke 12 ini, menyebabkan senario politik semasa negara berubah sama sekali. Rakyat pelbagai kaum mula bersuara demi kepentingan bangsa masing-masing. Pak Lah yang dulu berbangga dengan kemenangan besar BN terpaksa menelan rasa pahit. Kekalahan yang tidak sepatutnya diterima mula di bebankan kepada bahu Pak Lah sebagai Ketua Negara. Rata-rata Ahli UMNO mula bersuara untuk kebaikan bangsa melayu. Ramai yang marah kepada Pak Lah, ramai yang mencemuh kepadanya sebagai penyebab kekalahan besar BN dalam Pilihanraya yang lalu.

Akhirnya, Pak Lah terpaksa akur kepada kehendak akar umbi yang menyarankan kepada beliau supaya berundur. 2 tahun lagi Pak Lah akan meninggalkan jawatannya untuk disandang oleh Najib. 2 tahun merupakan satu kadar masa yang lama. Rata-rata Ahli UMNO di grass root ingin melihat UMNO dipulihkan dengan kadar segera.

Pak Lah kena turun mendegar sendiri rintihan Ahli UMNO di Cawangan dari mendengar laporan dari Ketua UMNO Bahagian yang rata-ratanya ingin mengekalkan jawatan dalam pemilihan UMNO nanti. Masing-masing ingin menjaga periuk nasi masing-masing. Masing-Masing ingin dilihat sebagai tidak melawan arus yang memungkin jawatan di cabar di peringkat Bahagian.

Sebagai Ahli biasa UMNO di peringkat Cawangan, rata-rata Ahli UMNO sudah muak dengan apa yang berlaku. Pak Lah kena berundur dengan seberapa segera sebelum PR dapat memerintah negara. Jangkamasa 2 tahun itu terlalu lama untuk ditunggu. Macam-macam boleh jadi. Walaupun PR mungkin tidak dapat memerintah negara, tetapi banyak isu boleh ditimbulkan oleh PR untuk menggugat keamanan negara. Berilah Najib untuk memikirkan idea baru yang mungkin dapat merencana hala tuju Parti dan Negara.

Masanya telah tiba untuk Pak Lah berundur. Pak Lah janganlah hanya mendengar dan menerima bulat-bulat Sokongan yang diberikan oleh UMNO Negeri sahaja. Memang 5 mungkin 6 Negeri telah menyatakan sokongan kepada Pak Lah untuk mempertahankan Presiden UMNO dalam pemilihan nanti tetapi Pak Lah kena turun mendengar sendiri apa yang dimahukan oleh UMNO Cawangan.

Mungkin team work antara Najib dan Muhyiddin dapat menyegarkan kembali UMNO dengan kadar segera di mata hati anak muda seperti saya ini.

Sekian,

Ahli UMNO ’muda’ ceruk rantau.

Leave a comment »

POLITIK KOTOR PEMBANGKANG….

Bila Retakbulan Menulis..

Najib dalam satu majlis telah bersumpah ’Wallahi Wabillahi Watallahi’ untuk menafikan sama sekali mengenali wanita bernama Altantuya. Ini sama sekali melenyapkan persepsi buruk dan tohmahan jahat ke atas Najib oleh pihak pembangkang.

Tohmahan dan fitnah semacam sudah menjadi perkara biasa yang menjadi mainan oleh pembangkang. Politik yang kotor yang menghalalkan cara menjadi sebahagian dari agenda politik pembangkan. Sedar atau tidak sedar, apa yang dicanangkan oleh pembangkang menampakkan politik kotor mereka yang lama-kelamaan memakan diri mereka sendiri.

Pengakuan bersumpah yang dibuat oleh RPK ’hearsay’ yang dipercayai didalangi oleh pembangkang ini menampakkan kedangkalan politik pembangkang yang kotor, tidak bermaruah dan membuktikan pembangkang sanggup untuk berbuat apa saja untuk memerintah negara ini.

Setelah Pengumuman ’Palsu’ berkenaan kemasukan MP BN ke dalam Pakatan Rakyat tidak berlaku, apa saja yang dirasakan boleh menggugat keharmonian negara akan dilakukan sehabis daya.

Pembangkang amat suka melihat negara Malaysia tidak aman. Pelbagai kenyataan dan tohmahan kepada pemimpin Negara dibuat di luar Negara untuk menggambarkan seolah-olah negara ini mengalami satu krisis yang terlalu besar. Apakah tidak ada cara lain untuk memerintah negara ini? Jangalah terlalu gelojoh untuk mengambil kuasa sampai negara menjadi kucar-kacir dan berada dalam krisis ekonomi.

Pada pandangan penulis, apa yang dicita-citakan oleh Anwar untuk memerintah negara mustahil untuk diperolehi. Pakatan Rakyat yang dbina seperti retak menanti belah menunggu masa untuk gugur. Pengagungan tinggi terhadap Anwar menjadikan beliau besar kepala dan merancang segalanya tanpa pengetahuan sesetengah parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Pelbagai perkara yang dilakukan oleh PKR dan DAP dalam pakatan rakyat ada kalanya membelakangkan sama sekali prinsip PAS. Kalau dalam masa sekarang ini sudah tidak ada persefahaman, apatah lagi untuk memerintah Negara. Sebilangan YB PKR dan DAP adakalanya mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti Umat Islam dan orang melayu. Apakah PAS tidak sedar dalam hal ini? Apakah untuk menjaga pakatan Rakyat, PAS rela untuk menggadaikan prinsipnya?

Dasar-dasar Anwar yang terang-terangan ingin menghapus DEB yang sama sekali menggoncang hati umat melayu di negara kita ini. Apakah PAS sudah lupa dalam hal ini? Apakah PAS pun sama ingin menghapuskan dasar DEB yang secara tidak langsung selama ini membantu kaum melayu di negara ini? Walaupun perlaksanaannya ada kecacatan, ini boleh diperbaiki sedikit demi sedikit, namun untuk menghapuskannya sama sekali, tidak akan membantu kaum melayu.

Anwar perlu sedar, beliau perlu membersihkan namanya dahulu sebelum dapat memerintah negara. Segala penafian yang dibuat berkenaan dengan kesnya tidak dapat diterima oleh rakyat 100 %. Sekarang ini, kesnya hanya melibatkan beliau dan Saiful sahaja. Jangalah dilibatkan sama dengan kerajaan. Biarlah semuanya disiasat dan diserahkan kepada pihak polis. Jangan kita mengandaikan adanya konspirasi sebelum kita mengetahui kebenarannya. Bersumpahlah untuk kebenaran yang pertama. Berani kerana benar, takut kerana salah. Seperti Najib yang terang-terangan bersumpah untuk membuktikan dirinya tidak terlibat, Anwar pun mesti bersumpah untuk meredakan keresahan rakyat yang menyokongnya tanpa berbelah bagi.

’Road Tour’ nya ke Kelantan baru baru ini merupakan satu platform terbaik untuk beliau bersumpah di depan Tok Guru Nik Aziz, namun beliau menghampakan penyokongnya. Memang dalam majlis tersebut kehadirannya amatlah luar biasa tetapi pada pandangan penulis, ramai yang datang pada majlis tersebut ingin mendengar sendiri pengakuan ikhlas dan bersumpah dari saudara Anwar namun Anwar hanya mengulas sedikit sahaja berkenaan isu ’liwat’ dalam majlis tersebut.

Di kalangan penyokong PAS dan PKR sendiri ramai yang berbelah bagi samaada mempercayai atau tidak perbuatan ’liwat’ itu. Ayuh Anwar, Buktikan kamu tidak bersalah. Najib sudah bersumpah….Anwar bila lagi??

Leave a comment »